Sunday, November 27, 2011

~salam maal hijrah~

sempena maal hijrah ni aku nak cerita sikit tentang perangai manusia...
baru ni masa balik penang..
on the way dari ferry ke batu ferringhi...
aku naik bas rapid..
as usual kalau aku sorang and ada pulak tempat duduk sebelah driver tu..
mesti aku akan terus duduk situ..
malas nak cari tempat duduk belakang...

driver bas kalau tengok muka macam baik2 la..
ada iras muka pak teh aku pulak...
and kawan dia driver jugak..
naik bas tu diri sebelah dia..
entah apa motif kan..
may be dah habis waktu kerja..
dia nak jalan2 sambil sembang2 kot...
dua2 orang aku rasa dalam 40-an..

dalam kes ni driver 1 ialah driver bas yang aku naik tu..
driver 2 ialah kawan dia..

sepanjang dalam bas aku ni kerja pasang telinga...
dok dengar apa depa dok sembang...
serius rasa macam nak bagi kasut kat muka dua2 ekor driver ni...
muka ja macam baik2 tapi yang adoooooo....

masa bas dok jalan kt area chulia street tu ada la minah2 saleh dok jalan kaki...
depa dok ushar2...
siap tak menang mata nak tengok mana satu..
then yang driver 1 cakap la hari tu dia jumpa minah saleh pakai sexy bagai..
dia tambah lagi, selamat Malaysia ni ada undang2 kalau tak dah lama dia rogol...
untuk best kan lagi cerita dia kata minah saleh ni senang ja nak dapat..
as long as kau boleh ikut cara dia hidup la..
dia kata kalau orang kita ni kejap2 boleh la..
kalau nak terus hidup macam tu memang tak la..
kawan dia just mengiyakan ja la apa driver 1 ni cakap...

tetiba ada 1 motor ni..
couple la naik yang si gf ni pakai seluar pendek nak mampos..
nampak la peha yang putih gebu tu..
dua2 teruja ni siap puji2..
geli aku dengar...
lepas tu ada la 2,3 biji motor lalu yang ada awek pakai seluar pendek nak mampos tu..
depa ni pon asik la mengeluarkan ayat2 tak sedar diri kau tu rentung macam arang..
ada hati nak menggatal..
*apa kaitan kulit macam arang dengan menggatal???*
tapi biasa la laki makin tua makin gatal kan???
kalau ye pon kau jangan la menggatal macam kan kau tu muda lagi..
ingat2 la anak bini kat rumah tu!!!!!

next aku perasan yang driver 2 ni ada certain orang naik bas..
bila bagi duit dia ambik and tak masuk kan dalam tong duit bas tu..
dia masuk kan dalam poket dia...
bagus sangat perangai...
and driver 1 pon tak kan bagi tiket kat orang tu..
banyak kali aku nampak driver bas rapid ni buat camtu...
motif kau buat macam tu???

nak songlap duit company kau kerja????
buat lepas kau nak menketedarah lepas bawa bas???
guna duit haram yang kau curi tu????
mungkin kau akan cakap berapa la sangat duit kau ambik tu...
tapi jangan ingat customer tak nampak kau selamat la..
kau lupa Allah nampak apa semua kau buat????

tolong la manusia2 macam ni...
dah tua pon perangai tak ubah2...
kesian anak bini kau kan dapat suami/abah macam kau...
kalau anak2 kau nanti perangai macam kau...
jangan nak tunding jari kat orang lain..
tunding jari kat diri sendiri dulu..
sebab apak nya perangai macam taik...
dah la driver 1 tu dok maki tak sudah2...

before aku turun tu depa 2 ada la sembang dengan aku...
driver 2 tanya aku balik cuti panjang ka..
aku jawab la cuti maal hijrah..
then dia tanya aku balik owh dah nak maal hijrah ka..
yang driver 1 bantai dok gelak kat kawan dia tu..
aku senyum ja la..
masa aku nak turun tu driver 1 tu kata dia pon kena berubah la..
sebab maal hijrah..
lepas tu gelak2..
perangai kau serius macam taikkkkk....
dah tua2 tak sedar diri bajet macam muda...
padahal rumah kata pergi kubur kata mari...
kesian gila family kau ada ketua keluarga macam kau..
sedehhhhh sangatttttttttttt....

so conclusion nya sempena maal hijrah ni..
jom la kita berubah jadi lebih baik dari before..
perubahan tak perlu drastik kalau tak mampu...
takut kita tak mampu adapt..
take a baby step dengan nawaitu yang betul..
insyallah slowly kita akan berubah ke arah lebih baik...
yang penting kena istiqamah...

be a better person..
be a better muslim...


No comments: